Khamis, Januari 13, 2011

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 : 3 JANUARI 2011 - 11 JANUARI 2011

Program ini dianjurkan oleh UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & UNIT HAL EHWAL PELAJAR DENGAN KERJASAMA SEMUA GURU & AJK PELAJAR SMK SRI SADONG


Objektif Program:
Berikut digariskan beberapa objektif program yang dijalankan:

1.      Memberi gambaran awal kepada pelajar baru tentang sekolah dan aktiviti rutin yang bakal dilalui. 
2.      Memberi pendedahan awal mengenai amanah serta tanggungjawab yang akan dipikul.
3.      Memupuk semangat bekerjasama dan membina hubungan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan dan seluruh warga sekolah.
4.      Membolehkan pelajar baru lebih bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menjalankan kehidupan di sekolah.
5.      Membantu pihak sekolah menjelaskan mengenai peraturan dan peranan para pelajar yang perlu diikuti dan dipatuhi sepanjang berada di sekolah.


Gambar Kenangan Orientasi Tingkatan 1

Pelajar melalui terowong halangan


Pelajar merentasi pagar berduri

Pelajar merentasi titi tasik


Gambar Kenangan Orientasi Tingkatan 4

LDK

Bacaan Ikrar

Sesi mendengar taklimat

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN 4 2011 AKAN BERLANGSUNG PADA JUMAAT, 14 JANUARI 2011.

1 ulasan:

  1. tahniah atas terhasilnya blog smkss ini.. eloklah kiranya blog ini dirasmikan secara umum melalui majlis khas disekolah supaya supaya kewujudannya diketahui semua. tambahan itu, blog ini akan lebih mendapat perhatian yang menyeluruh dari semua pihak termasuk pelajar, guru dan staf sekolah serta tidak mustahil diperingkat jabatan.. siapa tahu suatu hari nanti blog ini mendapat perhatian dari seluruh dunia bagi mendapatkan maklumat tentang pelbagai perkara. pihak badan pengawas sekolah juga mungkin akan mewujudkan blog bagi dipautkan dalam blog ini.. sekian..

    BalasPadam