Selasa, Mei 03, 2011

Gerak Gempur Tingkatan Empat

Selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang sedang menghadapi Gerak Gempur Tingkatan 4. Good Luck..

Ahad, Mei 01, 2011

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan SPM dan Ko-Kurikulum: 7 April 2011

Majlis kesyukuran ini dijalankan sempena kecemerlangan pelajar dalam SPM dan kejayaan atlet dalam kejohanan sukan peringkat Samarahan. Majlis ini dihadiri oleh semua guru dan pelajar-pelajar cemerlang SPM serta atlet-atlet sekolah.


Majlis ini turut dihadiri oleh YB Narodin. Beliau memberikan sedikit ucapan aluan sebelum menjamu selera.




Gotong Royong Perdana : 11 Mac 2011

Program gotong royong ini diadakan 11 Mac 2011. Aktiviti pembersihan kawasan sekolah ini melibatkan semua guru dan pelajar-pelajar. Usaha ini adalah bagi menceriakan kawasan sekolah dan bilik darjah.



Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Samarahan: 31 Mac 2011

Pertandingan Pidato ini telah dijalankan pada hari Khamis 31 Mac 2011 di Dewan SMK Sri Sadong bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Pertandingan ini disertai oleh 13 buah sekolah yang diwakili oleh 13 orang peserta.



Rabu, Mac 23, 2011

Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Samarahan

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA SEKOLAH MENENGAN BAHAGIAN SAMARAHAN 2011

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Sri Sadong telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan pertandingan seperti di atas .

2.         Pertandingan tersebut akan diadakan  pada 31 Mac 2011 (Khamis).  Sekolah-sekolah yang menyertai dikehandaki mengisi Borang Penyertaan dengan lengkap dan memulangkan kepada pihak penganjur pada atau sebelum 25 Mac 2011,  jam 9 pagi.

3.         Bersama ini dilampirkan maklumat-maklumat tambahan berkaitan pertandingan tersebut untuk tindakan lanjut pihak tuan.
3.1             Kertas Konsep Pertandingan
3.2            Senarai tajuk Pidato
3.3             Borang Pendaftaran

4.         Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :
4.1  Tarikh    : 25 Mac 2010 (Jumaat)
4.2  Masa     : 0900 am
4.3  Tempat  : Bilik Mesyuarat SMK Sri Sadong   

5.  Untuk makluman pihak tuan, pihak pengelola pertandingan tidak menyediakan kemudahan penginapan dan makanan kepada para peserta. Kerjasama daripada pihak tuan / puan amat diharapkan untuk memudahkan kami melaksanakan pertandingan ini nanti.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun fail di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci..

http://www.4shared.com/document/oNH6-IKN/pidato_piala_diraja.html

Isnin, Mac 14, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua guru-guru dan pelajar SMK Sri Sadong. Semoga hari-hari percutian menjadi hari-hari yang bermakna untuk bersama keluarga tersayang.

Khamis, Januari 13, 2011

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 : 3 JANUARI 2011 - 11 JANUARI 2011

Program ini dianjurkan oleh UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING & UNIT HAL EHWAL PELAJAR DENGAN KERJASAMA SEMUA GURU & AJK PELAJAR SMK SRI SADONG


Objektif Program:
Berikut digariskan beberapa objektif program yang dijalankan:

1.      Memberi gambaran awal kepada pelajar baru tentang sekolah dan aktiviti rutin yang bakal dilalui. 
2.      Memberi pendedahan awal mengenai amanah serta tanggungjawab yang akan dipikul.
3.      Memupuk semangat bekerjasama dan membina hubungan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan dan seluruh warga sekolah.
4.      Membolehkan pelajar baru lebih bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menjalankan kehidupan di sekolah.
5.      Membantu pihak sekolah menjelaskan mengenai peraturan dan peranan para pelajar yang perlu diikuti dan dipatuhi sepanjang berada di sekolah.


Gambar Kenangan Orientasi Tingkatan 1

Pelajar melalui terowong halangan


Pelajar merentasi pagar berduri

Pelajar merentasi titi tasik

Jumaat, Januari 07, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke SMK Sri Sadong buat pelajar-pelajar dan guru serta selamat datang kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1. Bersama-sama kita berganding bahu mengharumkan nama sekolah dengan meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.